Taklimat Peranan Ahli Komuniti



Sabtu, 9 Nov 2024, 11:00 pagi
IJN College, Kuala Lumpur – Pada 9 November, sebuah taklimat mengenai peranan ahli komuniti telah disampaikan oleh Dr Noraryana Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit). Beliau membincangkan pemerkasaan masyarakat dalam kawalan produk tembakau, dari rokok ke vape. Fokus utama adalah evolusi kawalan produk tembakau di Malaysia melalui konsep Ottawa Charter bagi mewujudkan generasi bebas tembakau.
Masalah utama adalah ketiadaan akta khusus untuk tembakau dan vape, dan pelbagai jenis produk yang ada di pasaran. Solusi yang disarankan adalah Akta 852 yang dikawal oleh KKM dan pelbagai persatuan badan bukan kerajaan, dan rancangan lima tahun untuk mengawal produk tembakau dan elektronik di Malaysia.