JomSihat merupakan usaha kerjasama antara organisasi masyarakat sivil (CSOs) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, khususnya untuk memajukan kawalan tembakau melalui pendidikan dan kesedaran mengenai kesan tabiat mengguna rokok/vape terhadap kesihatan awam.
JomSihat direka untuk mendidik dan memaklumkan orang ramai—terutamanya golongan muda—tentang bahaya yang berkaitan dengan produk rokok/vape. Inisiatif ini memberi penekanan kepada pendidikan berorientasikan anak-anak muda iaitu pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, serta para guru dan ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan tingkah laku anak-anak muda.
JomSihat juga menyediakan pelbagai bahan pendidikan dalam format-format termasuk bercetak dan audiovisual untuk menjangkau khalayak luas dengan berkesan. Sumber-sumber ini, termasuk risalah, video dan bahan interaktif lain yang menarik, memastikan mesej penting tentang bahaya rokok/vape boleh diakses.
JomSihat juga berusaha untuk mengurangkan kelaziman penggunaan rokok/vape di kalangan belia, memastikan generasi masa depan yang lebih sihat serta mampu untuk membuat pilihan gaya hidup yang positif.
RAKAN-RAKAN JomSihat
Parents Againts Vape & Cigarettes (PAVAC)