Program JomSihat Sayangi Paru-Paru: Sesi Market Place

Sabtu, 9 Nov 2024, 9:00 pagi

IJN College, Kuala Lumpur – Agenda sesi marketplace ini merangkumi enam stesen berbeza, di mana peserta Program JomSihat beralih di antara setiap stesen. Sesi ini dibahagikan kepada enam topik utama: kanak-kanak, remaja, pelajar universiti/kolej, guru, ibu bapa, dan Lari Bob.

Objektif utama sesi ini adalah untuk mendidik peserta mengenai cara berkomunikasi dengan pelbagai kumpulan sasaran tentang bahaya merokok dan vaping. Peserta juga didedahkan cara menggunakan bahan JomSihat yang telah dibangunkan bagi menyampaikan mesej yang tetap dan sesuai bagi setiap kumpulan sasaran.

Kumpulan sasaran terdiri daripada pakar kesihatan, kumpulan advokasi, guru, pelajar, dan orang awam.