Taklimat Program JomSihat: Sayangi Paru-Paru

Sabtu, 9 Nov 2024, 9:30 pagi

IJN College, Kuala Lumpur – Prof. Madya Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia merangkap Pengurisi Sekretariat JomSihat: Sayangi Paru-Paru telah memberi taklimat tentang Program JomSihat untuk mengenalkan program ini kepada para hadirin. Prof. Madya Dr Murallitharan menegaskan kepentingan program ini dan menggalakkan para peserta memulakan perjalanan mereka sebagai advokat kesihatan dalam perjuangan pencegahan dan pemberhentian rokok dan vape dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa muda, pelajar sekolah, pelajar universiti dan kolej, guru, serta ibu bapa. Beberapa peserta berkongsi sebab menyertai program ini dan peranan yang mereka boleh memainkan dalam usaha mengurangkan kadar rokok dan vape.